Membuat Calendar menggunakan Excel
8 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 Julai 2018 bersamaan hari sabtu yang lepas, pihak Pusat Internet Batang Maro mengadakan kelas Membuat Calendar menggunakan Excel. Kelas ini telah diikuti 5 orang pelajar sekolah rendah yang sememangnya pengunjung yang setia ke pusat internet. Objektif utama kelas ini diadakan adalah bagi melatih para peserta menggunakan Microsoft Excel. Microsoft Excel terkenal untuk orang-orang yang ingin membuat data yang banyak kerana Excel mempunyai formula kiraan yang mudah dan senang kita gunakan.
Para peserta yang hadir ke kelas ini membuat calendar tahunan menggunakan Excel. Para peserta belajar untuk meletakkan border, merge dan center cell, format column width, format row height, font color, box colour dan lain-lain lagi yang merupakan asas menggunakan Excel.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: